06 May 2009
05 May 2009
04 May 2009
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1956 dikenali dengan nama Goverment English School dan menumpang di Sekolah Kebangsaan Machang. Pada tahun 1959 sekolah ini dikenali pula dengan nama Hamzah English School mengambil sempena nama tokoh terkenal Kelantan iaitu yang Berhormat Mulia Ibni Al-Marhum Tengku Mohd Hamzah Ibni Al-Marhum Tengku Zainal (Tg. Sri Maharaja) Menteri Besar ketika itu.
Moto sekolah ini ‘Nulli Secundus’ bererti ‘ tidak ada taranya “..SENTIASA TERULUNG”. Pada tahun 1972 sekolah ini sekali lagi berubah namanya kepada SRK Hamzah.
Memandangkan perkembangan dan kemajuannya begitu pesat pada 01 Jan 1992, SRK Hamzah terpaksa dipecahkan kepada dua buah sekolah iaitu dua pentadbiran telah diwujudkan iaitu SRK Hamzah (1) dan SRK Hamzah (2)
Posted by SK HAMZAH 2 at 9:04 AM 0 comments
Muka Depan SK Hamzah 2
Sekolah ini mempunyai identiti yang tersendiri dalam bidang akademik, kokurikulum dan keceriaan.
i. Akademik
‘Top Ten’ Kelantan dalam kecemerlangan UPSR 2001 dan 2002. Peratus tertinggi negeri kecemerlangan 5A UPSR 2003 dan Juara UPSR Cemerlang 2004.Tahun 2005 peratus Kecemelangan tertinggi dalam PPD.
ii. Kokurikulum
Johan Bola jaring peringkat negeri empat tahun berturut-turut mulai tahun 2000 hingga 2003 dan telah mendapat tempat ketiga peringkat kebangsaan tahun 2003. Tahun 2004 dan 2005 Johan negeri dan mewakili negeri ke peringkat Kebangsaan.
iii. Keceriaan dan Landskap
SKH (2) Telah berjaya mendapat tempat Johan dalam pertandingan Landskap Peringkat Kebangsaan, juga Juara Antara Juara Landskap 2005 Peringkat Kebangsaan dan tempat Pertama pertandingan 2K Peringkat Kebangsaan pada tahun 2004..
Posted by SK HAMZAH 2 at 8:33 AM 0 comments